Wednesday, 2 April 2014

Jatuh



Minah : Kau pernah jatuh?

Siti      : Pernah!!!

Minah : Eee.. kau pernah jatuh cinta....!!!!

Siti      : =='


hahahahha... dulu time sekolah rendah mesti pernah kena macam tu kan.. weh... sekarang pun sama... Adik aku yang darjah tiga tu.. pernah tanya aku... "angah pernah jatuh" .. "pernahlaa" ... "Oooo.., angah pernah jatuh cinta.... bagitau mak" ... okay sentap gila... sebenarnya kau taktahu nak tulis apa pasal jatuh... jatuh dan manusia mmg ada link.. Manusia mana tak pernah jatuh kan... Kau move on la macam mana pun .. tapi kalau takdirnya nanti kau akan jatuh... kau tetap akan jatuh.. Allah akan uji kau dengan macam2 cara.. Kau tak payah lah nak risau sangat.. Tabah mana pun kau ..Allah lagi berkuasa... Cuma bila kau dah jatuh... CUBA ... cuba untuk bangun dan berdiri semula... Tak tahu kenapa... Tak tahu bilaa... aku terjebak dengan puisi.. yang pasti daripada sekolah dulu.. mungkin cara tu aku lepaskan kemarahan...kesedihan dan kebahagiaan...
Terasa poyo gila sebenarnya... Dah memang tajuk pun agak poyo kan.... Aku cerita apa yang ada dalam hati dan akal fikiran.. Terserah siapa yang nak menilai.. Aku cuma manusia yang banyak silap dan sentiasa cuba untuk bangun untuk diri sendiri dan keluarga... Satu benda aku pegang.. Sekali kau jatuh , tak mungkin kau akan jatuh untuk kali kedua tiga empat dan seterusnya kalau kau berusaha untuk bangun... Hahahahhaa... sudah la poyo... sampai sini je.... daaaaaaaaaaaa....!!!!!!!


-JATUH-

Bila di setiap kejatuhan
kau usap luka dilutut
kau tiup pedih di siku
dan kau terasakan sakit yang paling indah

Bila di setiap kejatuhan
kau tau dia sedia menyambut
membawa ubat buat menyembuh
membekal senyum buat rawat kau

Bila di setiap kejatuhan
kau berharap kau tak jatuh lagi
tak terbayang kan kau
jatuh lain selepas ini

Bila di setiap kejatuhan
kau berdoa
kejatuhan itu yang terakhir

 - sofa biru , nadhira brundage -