Thursday, 10 April 2014

Ibu Ayah

Tatkala kita sedang berseronok
Tatkala kita sedang sibuk dengan dunia kita
Pernah kita fikir pasal ibu ayah kita?
Pernah kita fikir susah senang mereka membanting tulang 
mencari rezeki?

Dan kita sebagai anak hanya reti merungut
Ya!
Merungut apabila setiap permintaan kita tidak dapat
mereka tunaikan
Ya!
Walaupun mereka bagi 1001 alasan pernah kau nak terima?
Tidak!!!
Yang kau tahu setiap permintaan kau perlu di tunaikan

Pernah kau tahu apa kerja mereka?
Susah ke? Senang ke?
Pernah kau tanya keadaan mereka?
Sihat ke? Sakit ke?
Pernah kau berfikir bagaimana mereka 
membesarkan kau dan adik beradik lain?

Aku?
Hurmmm.. kadang2 aku sendiri terleka
Kadang2 aku tersedar

Ibu Ayah..
Dua insan yang sangat penting
Yang tiada gantinya
Yang penting bagi aku
Yang tersangat aku sayang

Ya!
Aku cuba.. Aku cuba bahagia kan mereka
Walaupun aku tak pasti sama ada aku berjaya atau tidak
Yang penting cuba

Doakan anakmu ibu
Doakan anakmu ayah
Kami perlukan doa dan kasih sayang ibu ayah
Dan kami balaskan perkara yang sama
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu dan ayah
Doakan kami supaya sentiasa menjadi anak 
yang soleh&solehah
insan yang sanggup berbakti untuk semua.
Amiin


Friday, 4 April 2014

Rapuh

Rapuh

Not even one best buddy?
Soalan yang for sure seronok untuk dijawab..
I believe I’m making more enemies than friend, along the way..
Aku melalui lorong kehidupan ini, menilai perasaan, menilai hati..
Rapuh..

Jangan kata diri aku sendiri..
Even best friend wife aku pun tak kawan dengan dia dah..
Sebab aku muncul..
Memang lah aku akan rasa macam “Pembawa Sial”..
Rapuh..

Jadi, anak-anak..
Tentukan sempadan anda..
Pilihan antara “Kawan” atau “Special One”..
Kerana apabila sudah dipilih, pandai-pandailah tentukan..
Rapuh..

Hargailah kehidupan di sekeliling kita..
Aku sudah tua..
Kisah aku sudah jadi sejarah..
Perkataan “Reunion” pun tidak sejajar dengan aku lagi..
Rapuh..


a z z w a n

        Assalamualaikum... haaaa... percaya atau tak dan aku sendiri terkejut bila dapat emel daripada sir.. Dan aku rasa sir minat fynn jamal... MUNGKIN.. Banyak kali jugak aku baca balik emel yang sir bagi.. Banyak kali jugak aku baca tiap bibit kata yang sir tulis.. Aku terasa dan aku pernah rasa.. Bila hilangnya kawan.. bila aku dengan dia dan ramai yang benci dia... Bila banyak masalah setiap kali aku dengan dia.. Tapi semua tinggal sejarah.. Begitu lah hidup kita.. Penuh dengan cabaran .. penuh dengan dugaan.. Dan hanya padaNya kita berserah dan memohon pertolongan.. Walau sekeras mana pun hati kita.. Hati kita tetap rapuh.. Rapuh kerana kita manusia.. Rapuh kerana kita hanya ciptaanNya.. Yang tebal itu EGO.. Kita ego untuk mengaku salah.. Kita ego untuk menunjukkan kekurangan kita.. Ye.. dan aku sangat EGO.. tersangat .. sebab itu dalam ego aku akhirnya menangis dalam diam.. Hati aku rapuh nampak je macam kental sangat tapi bila melibatkan kawan.. Ye aku menangis dalam diam.. Allah tahu apa yang aku rasa...
       Tak semua orang akan suka kita.. Dan dalam yang tak suka kita tetap akan ada yang suka kita.. Tak payah nak cari jauhla.. IBU AYAH dan KELUARGA.. diorangkan ada.. kenapa kau nak risau..?? Mulut orang kita tak boleh tutup.. Apa yang kita perlu buat berdoa.. Supaya dia tutup mulut dia sendiri.. hahahahaha... Hakikatnya setiap pemilik hati setiap insan adalah RAPUH.. Berdoa selalu supaya Allah tabahkan hati kita..

Wednesday, 2 April 2014

Jatuh



Minah : Kau pernah jatuh?

Siti      : Pernah!!!

Minah : Eee.. kau pernah jatuh cinta....!!!!

Siti      : =='


hahahahha... dulu time sekolah rendah mesti pernah kena macam tu kan.. weh... sekarang pun sama... Adik aku yang darjah tiga tu.. pernah tanya aku... "angah pernah jatuh" .. "pernahlaa" ... "Oooo.., angah pernah jatuh cinta.... bagitau mak" ... okay sentap gila... sebenarnya kau taktahu nak tulis apa pasal jatuh... jatuh dan manusia mmg ada link.. Manusia mana tak pernah jatuh kan... Kau move on la macam mana pun .. tapi kalau takdirnya nanti kau akan jatuh... kau tetap akan jatuh.. Allah akan uji kau dengan macam2 cara.. Kau tak payah lah nak risau sangat.. Tabah mana pun kau ..Allah lagi berkuasa... Cuma bila kau dah jatuh... CUBA ... cuba untuk bangun dan berdiri semula... Tak tahu kenapa... Tak tahu bilaa... aku terjebak dengan puisi.. yang pasti daripada sekolah dulu.. mungkin cara tu aku lepaskan kemarahan...kesedihan dan kebahagiaan...
Terasa poyo gila sebenarnya... Dah memang tajuk pun agak poyo kan.... Aku cerita apa yang ada dalam hati dan akal fikiran.. Terserah siapa yang nak menilai.. Aku cuma manusia yang banyak silap dan sentiasa cuba untuk bangun untuk diri sendiri dan keluarga... Satu benda aku pegang.. Sekali kau jatuh , tak mungkin kau akan jatuh untuk kali kedua tiga empat dan seterusnya kalau kau berusaha untuk bangun... Hahahahhaa... sudah la poyo... sampai sini je.... daaaaaaaaaaaa....!!!!!!!


-JATUH-

Bila di setiap kejatuhan
kau usap luka dilutut
kau tiup pedih di siku
dan kau terasakan sakit yang paling indah

Bila di setiap kejatuhan
kau tau dia sedia menyambut
membawa ubat buat menyembuh
membekal senyum buat rawat kau

Bila di setiap kejatuhan
kau berharap kau tak jatuh lagi
tak terbayang kan kau
jatuh lain selepas ini

Bila di setiap kejatuhan
kau berdoa
kejatuhan itu yang terakhir

 - sofa biru , nadhira brundage -