Wednesday, 26 March 2014

Move oN



Korang pernah berada dalam situasi kat atas tu? sumpah sakit.. YE... aku PERNAH.... bila kau dah bagi semua rasa sayang percaya setia kau pada dia.. tapi.... dengan senangnya dia TINGGALkan kau sebab PEREMPUAN lain... Masa tu hanya Allah yang tahu apa aku rasa.. Rasa sakitnya kena tipu.. Rasa sakitnya kena tinggal macam tu je.. rasa macam selama ni di permainkan...

" kau ingat aku ni barbie doll..Bila kau dah tak suka.. dah kau malas nak layan aku.. kau tinggalkan aku mcm tu je..... Kau biar aku terkapai sorang diri. tapi kau? bergembira... seronok selalu dengan perempuan tu..
Wei.. bukan senang aku nak terima hakikat tu.. bukan senang aku nak lupakan kau.. dulu kau kata kau sayang.. dulu kau kata itu dan ini... kau beri aku harapan.. dan kau yg musnahkan impian.. Di saat aku setia mati pada kau... tapi kau??? Kau tak rasa bersalah ke? okay fine. aku taktahu apa yg kau rasa.. tapi kalau la kau boleh tahu.. tak pernah sekali pun aku rasa nak curang... kau tahu aku sape.. kau tahu cara aku berkawan macam mana.. kalau kau nak guna kan itu sebagai alasan.. memang kau sengal sangatlaaa... Kau tahu tak susah aku nak terima kenyataan bila kita dah takde apa2 hubungan.. Ye , bagi kau senang. Rileks la kita boleh kawan. tapi bagi aku? aku ingat segala janji yang kau berika. Dan kau jugak buat aku tak percaya pada lelak. and thanks sebab kau buat aku jadi aku yang sekarang."

Fuhhh.. korang ingat senang nak move on? susahh... kau perlu tabah dan sabar.. aku sendiri ambil masa. Aku fikir satu. buat apa aku nak terus menangis... menangis... dan menangis sebab dia. Tapi dia? Happy dengan perempuan lain.. Aku ada masa depan jugak.. dan aku perlu tentukan masa depan aku.. Ramai lagi yang akan aku jumpa nanti.. Cukuplah trial SPM aku jahanam sebab "CINTA" ... "CINTA" la sangat kan... budak sekolah lagi masa tu... cukuplah masa tu aje.. aku bangun.. aku bangkit sendiri... aku tahu Allah sentiasa ada... Ibu ayah ... adik2 dan kawan2 aku sentiasa ada dengan aku.. Aku cuba belajar untuk hidup sendiri.. Walaupun dah bertahun tapi aku sentiasa cuba lupakan apa yg jadi dulu.. Aku gunakan pengalaman dulu sebagai satu pengajaran untuk aku dan semua... Aku tak tahu kenapa perempuan susah nak move on.. lagi2 bab macam ni la.. dah lelaki tu taknak dekat kau.. tinggalkan je laa.. kau menangis air mata darah pun dia ttp tinggalkan kau... Solution yg terbaik , kau move on and one day akan ada yg lagi baik daripada dia untuk kau.. In sha allah...Cuma satu pesan aku.. kalau engkau perempuan tolongla jangan guna kan lelaki lain untuk kau lupakan dia... Janganla kau gunakan lelaki lain unuk kepentingan kau. mesti takkan kekal lama punya. Lagi2 kalau dia pun tinggalkan kau.. Kau jugak yang malu nanti. Kau yang akan rasa sakit nanti..  sebab aku dah kena.. kononlah kan... at last untuk kali kedua kena tinggal lagi... Wei sumpah masa tu aku rasa down habis... Alhamdulillah aku dapat sambung belajar dekat matrik.. dekat dengan rumah.. kawan rapat semua ada.. dioranglah yg banyak bagi semangat dekat aku.. tanpa diorang mungkin aku ttp down sampai sekarang... Untuk kali kedua aku bangkit.. dan kali ini aku siyes. Aku belajar untuk hidup sendiri.. dan bagi aku setiap masalah ada penyelesaian.. Kalau kau nak gagal.. okay fine .. kau boleh terus menangis hari2 .. tapi kalau kau nak berjaya.. kau kena bangun..bangkit... cari hidup baru...

Kau boleh bangkit dan kau boleh hidup tanpa dia.. kenapa perlu kau harapkan dia lagi. Dan percaya la.. setiap yang jadi ada sebab dan akibat dia.. Allah lebih tahu. Percaya la pada kuasa Dia... Dan walaupun tak 100% aku bangkit selepas aku jatuh.. tapi 80% aku kuat sekarang sebab aku pernah tersungkur dulu....


notakaki: rasa macam tak kena dengan tajuk.. =='